AS Sekat China Punca Apple Melabur Sampai $100 Bilion Ke Jepun

462

‘Dah orang tu tak hargai jasa baik, memang pergi ke musuhlah jawabnya.’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc, Tim Cook mengesahkan pelaburan hampir $100 bilion di Jepun sejak 5 tahun lepas ketika lawatannya ke pusat industri semikonduktor negara itu.

Pada Isnin Cook bukan sahaja membuat lawatan ke kilang semikonduktor milik Apple di wilayah Kumamoto Jepun, malah turut meluangkan masa di tapak pembinaan kilang Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) di sana.

Ketika lawatan itu juga, Cook mengatakan bahawa Apple telah menambah pelaburan terhadap rantaian bekalannya sebanyak 30% sejak 2019, merangkumi hampir 1,000 firma dari pelbagai negara dan perniagaan.

Antara nama besar tentunya Sony Group Corp yang menjadi pembekal sensor terbesar Apple untuk produk iPhone, selain turut memetik perusahaan sederhana dan kecil seperti firma tekstil Inoue Ribbon Co dan pengeluar acuan Shincron Co sebagai rakan kongsinya.

Pada ucapan sama Cook turut mengesahkan komitmen 29 firma pembekal di Jepun dalam aspirasi Apple untuk menukar kepada tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030.

Setakat penulisan ini saham Apple diniagakan positif 1.64% pada $144.49 dengan permodalan pasaran pada $2.30 trilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat