AS Sengaja Cari Gaduh

642

Dua kapal perang milik Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berlayar di perairan Selat Taiwan hari ini dan merupakan misi kedua yang seumpamanya pada bulan ini.

Misi itu dijalankan selepas beberapa kapal perang China melalui perairan yang sama pada dua minggu lalu.

Ujar kenyataan dikeluarkan oleh Tentera Laut AS, kapal perang USS John S.McCain dan USS Curtis Wilbur telah menjalankan pelayaran rutin di Selat Taiwan mengikut undang-undang antarabangsa.

“Transit kapal melalui Selat Taiwan menggambarkan komitmen AS untuk laluan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. Tentera AS akan terus terbang, berlayar dan beroperasi di mana-mana sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa,” kata kenyataan berkenaan.

Kementerian Pertahanan China sehingga kini masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung isu itu.

China yang mendakwa Taiwan merupakan sebahagian daripada wilayahnya, telah mengecam tindakan AS yang menyokong Taipei, termasuklah melakukan penjualan senjata kepada Taiwan dan berlayar melalui Selat Taiwan.

Tindakan berkenaan sekali gus meruncingkan lagi ketegangan hubungan antara kedua-dua negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat