AS Sogok Brazil $1 Bilion Dolar Supaya Block Huawei!

436

Washington telah meningkatkan serangan terhadap Huawei dengan menawarkan pembiayaan kepada Brazil untuk menyekat telco China dari rangkaian 5G mereka.

Semasa perjalanan ke Brazil pada hari Selasa lalu, pegawai dari Bank Eksport-Import Amerika Syarikat (EXIM) dan pemerintah AS telah menandatangani memorandum persefahaman untuk mengenal pasti peluang yang berpotensi untuk pembiayaan hingga $ 1 bilion termasuk sektor tenaga dan telekomunikasi khususnya rangkaian 5G.

Seperti yang diketahui, Washington menyatakan bahawa Huawei merupakan ancaman terhadap keselamatan nasional dan digunakan sebagai medium pengawasan Parti Komunis China. Pemerintah mendakwa bahawa Huawei dapat mengumpulkan data warganegara di negara lain dan memberikannya kepada Beijing. Namun, Huawei telah berulang kali menolak tuntutan tersebut.

Akan tetapi, AS tidak berputus asa dan berusah untuk meyakinkan negara-negara di seluruh dunia, terutama sekutunya, untuk menyekat Huawei dari rangkaian 5G.

Untuk pengetahuan semua, sekatan Brazil terhadap Huawei didakwa bakal memberikan tamparan hebat kepada syarikat teknologi China itu kerana negara itu merupakan pasaran terbesar mereka.

Di samping itu, Huawei sedang berusaha untuk mengatasi cabaran yang didorong oleh sekatan AS, yang mengancam untuk menyekat syarikat gergasi China dari teknologi utama dan komponen seperti semikonduktor.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat