AS Tak Keruan Lagi, Bimbang Rusia Guna Yuan Digital

4,687

Ekonomi Rusia sudah disekat pelbagai sudut, termasuk perancangan sekatan penggunaan mata wang kripto seperti yang dipersetujui Kesatuan Eropah dan kali ini Amerika Syarikat (AS) mula panik jika negara itu beralih kepada yuan digital.

Difahamkan seramai 9 senator AS mendakwa mata wang digital bank pusat (CBDC) China berupaya membantu Rusia melangkaui sekatan ekonomi dari negara-negara Barat.

Dalam kenyatan senator dari Tennessee, Marsha Blackburn mendakwa teknologi-teknologi berkaitan termasuk yuan digital akan memberi kuasa kepada Rusia untuk atasi sekatan global: SWIFT, Mastercard, PayPal, dan Visa.

Secara tidak langsung situasi ini membuka peluang kepada kerajaan China untuk terus memantau dan mengancam rakyat mereka.

Ada potensikah untuk Rusia menggunakan e-yuan?

Menurut CEO BitMint, Amnon Samid yang terlibat dalam pengujian e-yuan, tidak mustahil China akan mencadangkan Rusia untuk menggunakan yuan digital untuk menjalankan sebarang transaksi.

Pun begitu, e-yuan bukanlah alternatif untuk sistem SWIFT.

Jika benarlah apa yang dimaklumkan Samid, Jabatan Negara AS tidak teragak-agak untuk mengeluarkan amaran terhadap e-yuan.

Tetapi penasihat fintech Shanghai, Richard Turrin menjelaskan e-yuan masih dalam percubaan dan jika Jabatan Negara AS memberi amaran tindakan kepada aset tersebut, ia tidak akan terkesan.

Turrin juga memberitahu, penggunaan yuan digital dalam kalangan pengguna antarabangsa sebenarnya masih lagi dalam ruangan projek Belt and Road Initiative (BRI) China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat