AS Tawar Ganjaran $10 juta Buru Kumpulan Jenayah Siber ‘DarkSide’

2,225

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) akan memberi ganjaran sebanyak $10 juta untuk sebarang maklumat yang membawa kepada pengenalan atau lokasi individu-individu penting di dalam organisasi jenayah siber, DarkSide.

Menurut sumber FBI, DarkSide merupakan sebuah organisasi jenayah siber berpangkalan di Rusia yang bertanggungjawab ke atas serangan siber pada Mei lalu terhadap syarikat Colonial Pipeline dan telah menyebabkan penutupannya selama beberapa hari sehingga menyebabkan lonjakan harga gas, pembelian panik dan kekurangan bahan api di AS tenggara.

Menurut sumber, Colonial Pipeline telah membayar hampir $5 juta dalam bentuk Bitcoin bagi mendapatkan semula akses kepada sistem mereka daripada penggodam dan jabatan kehakiman AS pada Jun memperoleh kira-kira $2.3 juta wang tebusan.

Pada mulannya jabatan Negara AS menawarkan ganjaran sehingga $5 juta kemudian ia dinaikan sehingga $10 juta pada Julai bagi sebarang maklumat yang membawa kepada pengenalan atau lokasi individu-individu yang bertindak atas arahan atau di bawah kawalan kerajaan asing, mengambil bahagian dalam aktiviti siber denagn niat jahat terhadap pembangunan infrastruktur AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat