AS Undur Daripada Perjanjian Paris

813

Amerika Syarikat (AS) menjadi negara pertama di dunia yang secara rasminya mengundurkan diri daripada Perjanjian Iklim Paris 2015.

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan langkah itu pada Jun 2017 namun disebabkan oleh terma dan syarat dalam perjanjian berkenaan, keputusannya itu hanya boleh dikuatkuasakan bermula semalam.

Mengikut terma yang ditetapkan dalam perjanjian itu, tiada negara yang dibenarkan mengundur diri selama tiga tahun selepas perjanjian itu dimeterai.

Meskipun perjanjian terbabit ditandatangani pada Disember 2015 namun pelaksanaannya hanya berkuatkuasa pada 4 November 2016.

Bagaimanapun, AS masih dibenarkan untuk menyertai semula perjanjian itu pada masa akan datang.

Perjanjian tersebut dirangka bagi mengukuhkan respon global terhadap ancaman perubahan iklim.

Trump sebelum ini mendakwa perjanjian itu memberi beban kewangan dan ekonomi yang tidak adil terhadap AS.

Beliau juga mendakwa perjanjian berkenaan memberi kelebihan tidak sepatutnya kepada negara lain seperti China dan India yang menyumbang lebih banyak pencemaran kepada dunia selain memusnahkan peluang pekerjaan di AS.

Jelas Trump, beliau enggan menyokong perjanjian yang menghukum AS semata-mata tetapi negara seperti China dan India tidak dikenakan sebarang hukuman.

Sejak kempen pilihan raya Presiden 2016, Trump bertekad mahu memajukan sektor pengeluaran tenaga AS terutamanya arang batu dan minyak.

Pentadbiran Trump juga sering menghadiri rundingan mengenai iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tiga tahun lalu bagi mempromosikan penggunaan minyak fosil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat