Asas Kripto: Apa Itu ‘Fear And Greed Index’?

1,322

Ada juga beberapa kali artikel kripto menyebut tentang Crypto Fear and Greed Index, terutama ketika pasaran jatuh mendadak, seperti yang berlaku ketika harga Bitcoin (BTC) susut ke paras terendah $42,000 pada awal Disember lalu.

Juga dikenali sebagai Indeks Ketamakan dan Ketakutan ini sebenarnya telah lama wujud dengan objektif mahu mengikut pergerakan pasaran saham dan memantau sama ada ia didagangkan sama-rata atau sebaliknya.

“Pergerakan pasaran kewangan didorong oleh dua emosi terkuat: ketamakan dan ketakutan.” – Wall Street.

Memandangkan emosi pelabur bagaikan roller-coaster, maka indeks ini ditimbang kira setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, dan setiap tahun.

Ini fakta tentang Fear and Greed Index:

  • Penjelasan bagi tiga kategori emosi:
    • Fear (Ketakutan), Extreme fear (ketakutan ekstrem)
      • Pelabur terlalu bimbang; peluang untuk membeli atau menambah aset.
      • Dikira dari angka 0 hingga 49.
    • Neutral
      • Tiada gangguan emosi. Pelabur senang hati dan tenang. Biasalah, tiada badai pasaran.
      • Dikira pada angka 50.
    • Greed (Ketamakan), Extreme greed (ketamakan ekstrem)
      • Pelabur terlalu tamak; peluang untuk menjual, tetapi awas! Kerana indeks ini juga memberi isyarat akan berlakunya pembetulan harga.
      • Dikira dari angka 51 hingga 100.
  • Beberapa faktor yang mempengaruhi indeks ini:
    • Ketidaktentuan pasaran (volatility) – 25%
    • Jumlah atau momentum pasaran – 25%
    • Media sosial – 15%
    • Tinjauan – 15%
    • Dominasi – 10%
    • Trend – 10%
  • Kelebihan menggunakan indeks ini:
    • Indikator yang boleh dipercayai.
    • Boleh digunakan sebagai alat untuk membuat keputusan pelaburan.
  • Kekurangan menggunakan indeks ini:
    • Kebergantungan terhadap indeks ini mendorong pelabur untuk berjual beli aset hingga menyebabkan ketidaktentuan pasaran lebih parah.

Tetapi, ada juga segelintir pelabur yang lebih selesa untuk membuat pelaburan tanpa menilai FGI.

Ikutlah keselesaan masing-masing. Yang penting, pastikan anda membuat pelaburan yang selamat dan bukannya membuta tuli, hanya mengikut ketamakan semata-mata sebab takutkan FOMO.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat