AstraZeneca Kekal Kaut Untung Pada Suku Ketiga

508

AstraZeneca, syarikat farmaseutikal Britain-Sweden yang membangunkan salah satu vaksin Covid-19 terkemuka dunia telah menyumbang kepada pendapatan sesaham pada suku ketiga (3Q) dengan mencatat keuntungan sebanyak $1.05 hasil penjualan vaksin tersebut sehingga Jumaat.

Syarikat pembuat vaksin tersebut mencatat kenaikan pendapatan 1 sen sesaham pada Q3 tahun ini dan dijangkakan syarikat itu akan mengekalkan momentum pergerakan ‘keuntungan sederhana’ pada masa akan datang.

Syarikat tersebut menyatakan keuntungan pada suku keempat (4Q) akan menampung kos berkaitan antibody cocktail yang diusahakan mereka bagi mencegah dan merawat Covid-19, kerana ia dalam landasan yang telah ditetapkan pada tahun ini.

Jumlah pendapatan syarikat tersebut melonjak 47% pada US$9.74 bilion bagi 3 bulan sehingga September manakala pendapatan teras menjana US$1.08 sesaham.

Menurut data yang dikeluarkan Refinitiv IBES, ia menjangkakan keuntungan syarikat tersebut akan mencapai $1.28 sesaham pada jualan $9.4 bilion.

Sementara itu, pesaing terdekat mereka Pfizer, menjangkakan penjualan pada 2021 dan 2022 akan menjana $65 bilion secara keseluruhan sementara Moderna diramalkan penjualan pada 2021 mencapai $5 billion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat