AUD Dibawah Tekanan Selepas RBA Memberi Bayangan Untuk Pengurangan Kadar Faedah.

563

Bermula sesi Asia, kalendar ekonomi hadir dengan data harga perumahan baru di China di mana harga purata rumah baru di 70 bandar raya China meningkat sebanyak 10.6% pada Mac 2019, mempercepat kenaikan 10.4% pada bulan sebelumnya. Ia adalah bulan ke-47 kenaikan harga dan keuntungan tahunan terkuat sejak April 2017.

Sementara itu, matawang AUD didagangkan kurang baik selepas minit mesyurat RBA dikeluarkan. Dalam minit tersebut menunjukkan bahawa tahap kadar faedah yang lebih rendah di Australia akan sesuai jika inflasi kekal rendah dan pengangguran semakin tinggi.

Beralih kepada pasaran Eropah, pasaran hari ini diniagakan tinggi ekoran penutupan pasaran Asia yang positif dan pelabur juga menanti giliran pengumuman pendapatan korporat daripada Bank of America, Johnson & Johnson dan Netflix.

Pound Sterling melonjak selepas data pekerjaan jam 4.30 sebentar tadi. Purata pendapatan di UK kekal pada paras 3.5% untuk bulan Februari 2019, sama seperti tempoh sebelumnya dan selari dengan ramalan pasaran. Manakala kadar pengangguran tidak berubah pada paras 3.9%.

Seterusnya, sentimen ekonomi ZEW di zon Eropah melonjak ke 4.5 pada April 2019 daripada -2.5 pada bulan sebelumnya dan mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 1.2. Ia merupakan bacaan yang kuat sejak Mac tahun lepas.

Walaupun data ini keluar baik, Euro didagangkan merosot. Hal ini kerana terdapat beberapa pembuat dasar ECB meragui unjuran ekonomi semasa dan percaya bahawa pertumbuhan akan lebih lemah daripada unjuran 1.3% .

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat