AUD Dipandu Oleh Data Pekerjaan Manakala Keputusan SNB Sumber Kekuatan CHF

319

Sekali lagi Aussie menjadi matawang yang hangat pada hari ini apabila didagangkan merosot pada sesi Asia hari ini sejurus selepas laporan pekerjaan Australia dikeluarkan oleh Biro Statistik Australia. Kadar pengangguran kekal tinggi di paras 5.2% meleset daripada jangkaan penurunan kepada 5.1% oleh pasaran. Kadar tersebut adalah tertinggi sejak Ogos tahun lalu.

Matawang Yen pula meningkat secara mendadak pada dagangan Khamis apabila sentimen pasaran yang risk-on sebelum ini bertukar sebaliknya. Hal ini disebabkan oleh kebimbangan pasaran terhadap ketidakpastian perang perdagangan As-China untuk mencapai persetujuan pada Sidang Kemuncak G20 pada 28-29 Jun ini.

Beralih kepada sesi pasaran Eropah pula, CHF antara matawang yang mengetuai pergerakan berbanding matawang-matawang utama yang lain. Keputusan bank pusat Swiss National Bank (SNB) antara faktor kekuatan Swissy di mana SNB mengekalkan kadar faedahnya pada -0.75% dan berkata dasar monetari yang longgar masih diperlukan susulan matawang tersebut masih tinggi nilainya. Namun SNB mengjangkakan kadar inflasi negara itu untuk 2019 menaik kepada 0.6% berbanding 0.3% yang dilihat pada Mac lalu.

Dalam perkembangan di zon Eropah pula, data pengeluaran perindustrian kawasan Euro dilihat menguncup 0.5% pada bulan April 2019 daripada -0.4% pada bulan lepas dan lebih teruk daripada jangkaan iaitu -0.4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat