AUD/USD Bakal Melonjak Menjelang Keputusan Mesyuarat RBA?

1,507

Para penganalisis pasaran melihat sentimen pasaran semasa sedikit pulih dengan peningkatan kadar kes yang semakin perlahan melibatkan kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti Itali, Sepanyol dan New York.

Walaupun dilihat angka kes jangkitan dan kematian di tahap membimbangkan, namun langkah sekatan dan kawalan pergerakan dilihat berhasil mengurangkan penularan wabak Coronavirus.

Dengan sentimen yang pulih, US dolar kembali bergerak lemah dalam pasaran dan bergelut untuk mengekalkan pengukuhan pada dagangan minggu lalu.

Terutama berbanding dolar Australia, harga terus bergerak membuat kenaikan pada carta AUD/USD dengan penyusutan pada nilai semasa US dolar.

Di samping itu juga, kenaikan harga turut didorong oleh pengukuhan Aussie dengan jangkaan bank pusat Australia bakal mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat dasar monetari hari ini setelah penurunan kadar ke paras terendah pada bulan lalu.

Untuk dagangan semalam, harga memulakan dagangan awal minggu dengan kenaikan melebihi 100 pips ke paras lebih tinggi pada carta AUD/USD.

Kenaikan harga juga dilihat telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat perubahan trend bullish harga.

Jika Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah dengan nada yang hawkish, harga dijangka akan dipacu lebih tinggi menuju resistance 0.6200.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan menuju pula paras ketinggian pada paras 0.63000 yang menjadi zon SBR (support become resistance) pada dagangan Mac lalu.

Namun jika harga kembali membuat penurunan, sokongan dinamik MA50 akan diuji sebelum harga yang terus turun lebih rendah akan menguji support 0.6000.

Penurunan lebih rendah bakal kembali menuju zon support sebelum ini sekitar paras 0.58700.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat