AUD/USD Catat Penurunan Ke Paras Terendah Terbaru Sejak ‘Flash Crash’ Awal Januari

289

Matawang komoditi dolar Australia terus mencatatkan penurunan pada minggu ini berikutan pelabur yang semakin khuatir menjangkakan bank pusat Australia akan menurunkan kadar faedah sekali lagi selepas kadar diturunkan pada mesyuarat sebelum ini.

Selain itu, pertumbuhan ekonomi China yang masih bergerak perlahan turut menjadi faktor tekanan terhadap dagangan Aussie disebabkan China merupakan pasaran eksport terbesar buat Australia.

Tumpuan buat Aussie pada sesi pasaran Asia hari ini adalah terhadap minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) untuk mesyuarat polisi yang terbaru. Laporan minit mesyuarat mengesahkan ahli mesyuarat memutuskan untuk menurunkan kadar faedah kepada 25 mata asas adalah didorong oleh faktor pasaran buruh dan dengan jangkaan polisi yang lebih longgar untuk mesyuarat akan datang.

Penurunan kadar berkemungkinan akan berlaku pada mesyuarat bulan Ogos dan penurunan terakhir adalah pada November nanti.

Dapat diperhatikan pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD terus melakukan penurunan ke paras terendah sejak situasi ‘flash crash’yang menggemparkan pasaran pada awal Januari lalu.

Harga membuat penurunan semalam dari paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line sebelum melepasi zon support 0.68650 yang gagal ditembusi pada dagangan Mei lalu.

Dagangan yang bersambung pada hari ini melihatkan harga dibuka lebih rendah di bawah paras Magic Pivot 0.6861 hari ini sebelum meneruskan penurunan ke paras support 0.6839 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Penurunan harga yang diteruskan dijangka mampu mencatatkan paras terendah yang baru mencecah ke paras sekitar support pada 0.6803 (MagicS3) dengan tambahan 40 pips lagi penurunan harga.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan, harga akan cuba melepasi paras Magic Pivot hari ini yang berada pada zon SBR (support become support) terbaru pada chart AUD/USD.

Kenaikan seterusnya berkemungkinan menuju ke paras SBR seterusnya di sekitar paras 0.69000 berhampiran resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 0.6839, 0.6825, 0.6803.

Paras resistance: 0.6874, 0.6897, 0.6910.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat