AUD/USD Jatuh Sekejap Sebelum Henjut Naik Semula Ke $0.6700

87

Sepertinya dolar Australia berjaya papar pemulihan semula selepas reaksi negatif pada kesan awal keputusan mesyuarat polisi bank pusat semalam.

Reserve Bank of Australia (RBA) menepati ramalan untuk mengekalkan kadar faedah di paras 4.10% menyaksikan dolar Australia terus alami penyusutan pada awalnya.

Namun, bersambung ke sesi Eropah memperlihatkan situasi yang berbeza apabila dolar AUssie berjaya bangkit semula untuk mengukuh.

Ini disebabkan para penganalisis pasaran masih menjangkakan RBA akan meneruskan lagi pengetatan dasar monetari dengan jangkaan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Ogos.

Data-data ekonomi Australia yang akan diterbitkan selepas ini akan dinilai untuk menyokong unjuran tersebut.

Pada carta harga pasangan AUD/USD semalam, harga dilihat susut seketika ke paras 0.66400 sebaik sahaja pasaran mengetahui keputusan kadar faedah.

Namun, harga kembali membuat kenaikan semula sehingga akhirnya berjaya mencapai paras tumpuan 0.67000 yang menjadi rintangan semasa buat harga.

Harga yang melantun dari paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu masih menyokong jangkaan untuk pergerakan menaik harga.

Untuk jangkaan pada corak kenaikan jika diteruskan, harga yang melepasi semula paras 0.67000 bakal melanjutkan pendakiannya menuju pula zon SBR (support become resistance) pada 0.67600.

Kenaikan lebih tinggi selepas menunjukkan pergerakan bullish yang jelas, boleh mencapai 0.68300 hingga ke ketinggian 0.69000.

Namun, jika paras 0.67000 kekal menjadi rintangan yang tak berjaya ditembusi, harga berkemungkinan boleh jatuh semula lebih rendah berbanding penurunan sementara semalam.

Penurunan lanjut akan menguji zon sokongan pada 0.66000 yang dicecah harga pada dagangan penutup Jun di minggu yang lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat