AUD/USD Kembali Membuat Penurunan Setelah Gagal Lepasi Paras 0.71500

343

USD kembali mencari momentum pengukuhan semula nilai dagangannya selepas kejatuhan disebabkan faktor hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat yang jatuh ke paras terendah 15 bulan.

Walaupun data ekonomi domestik melibatkan sektor perumahan dan keyakinan pengguna mencatatkan bacaan yang lemah, namun peningkatan positif pada saham Wall Street berjaya menyokong pengukuhan semasa matawang greenback.

Berbanding matawang komoditi dolar Australia pula, USD berjaya memberi tekanan kembali pada Aussie dengan dagangan yang lemah dolar AUD pada sesi Asia hari ini.

AUD berjaya mengekalkan pengukuhan sepanjang dagangan harian semalam dengan kenaikan yang ditunjukkan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD menguji paras ketinggian hampir menyentuh paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Namun, harga dilihat gagal membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras tumpuan tersebut sebelum Aussie terus membuat penurunan pada sesi Asia pagi ini terkesan oleh kejatuhan ketara pada dagangan dolar NZD disebabkan faktor serantau.

Penurunan harga telah melepasi paras Magic Pivot dan support 0.7112 (MagicS1) pada pagi ini dan menuju ke paras support 0.7090 (MagicS2) yang berada pada zon RBS (resistance become support) sebelum ini.

Jika harga berjaya mengekalkan momentum penurunan tersebut, destinasi penurunan lebih rendah sehingga ke paras support sekitar 0.70000 mampu dicapai harga dengan mencatatkan sekitar 100 pips penurunan.

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras resistance pada resistance 0.7151 (MagicR1) bakal diuji sebelum harga cuba mencapai paras ketinggian minggu lalu di sekitar resistance 0.7169 (MagicR2).

Lihat gambar chart pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras-paras harga yang berpotensi menjadi tarikan harga.

Paras support: 0.7112, 0.7090, 0.7072.

Paras resistance: 0.7151, 0.7169, 0.7191.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat