AUD/USD Kembali Uji Paras Resistance 0.69300 Pada Sesi Asia

196

Dolar Australia memulakan dagangan pada minggu ini dengan meneruskan momentum pengukuhan nilai matawangnya sebagai matawang yang sensitif terhadap perubahan sentimen pasaran.

Sentimen perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China masih positif dengan kenyataan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa perjanjian akan ditandatangani dalam masa yang terdekat.

Selain itu, China turut melaporkan akan menurunkan tarif untuk beberapa senarai barangan dari daging babi beku dan avocado sehinggalah ke bahan semikonduktor pada tahun hadapan. Beijing mahu tingkatkan aktiviti import dalam suasana ekonomi yang bergerak perlahan.

Kenaikan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD semalam telah menuju zon resistance harga di mana telah diuji pada 2 minggu yang lalu.

Harga kekal bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan salah satu isyarat trend bullish harga bagi Aussie.

Pada dagangan sesi Asia hari ini, harga dilihat telah menyentuh paras resistance 0.69300 sebelum kembali turun semula di sekitar paras pembukaan harga awal sesi.

Harga dilihat akan turun menyentuh paras sokongan MA50 sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi menguji paras ketinggian ke paras 0.69380 yang dicapai sebelum ini.

Kenaikan lebih tinggi melepasi paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Julai yang lalu.

Namun jika zon resistance gagal ditembusi harga dan penurunan kembali dipamerkan, penurunan ke zon sekitar 0.68900-0.68800 menjadi destinasi awal yang dituju harga.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menguji pula zon RBS (resistance become support) pada paras 0.68600.

Zon support yang berada di paras lebih rendah iaitu pada 0.68200 dan juga 0.68000 akan menjadi tumpuan harga jika momentum penurunan harga terus berjaya dikekalkan.

Perkembangan perjanjian perdagangan akan terus dipantau pelabur selain data-data ekonomi yang mempengaruhi pergerakan matawang Aussie dan US dolar.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat