AUD & USD Kukuh, Mana Hala Tuju Sebenar Bagi AUD/USD?

159

Meneliti kepada carta harga pasangan matawang AUD/USD tampaknya telah sekali lagi menampilkan rekod terendah yang terbaharu sepanjang tempoh masa 1 tahun mencapai ke paras sekitar 0.70650.

Pergerakan volatile juga disaksikan dan memperlihatkan matawang USD lebih bergaya dalam pamer pengukuhan pada sesi New York semalam sejajar kenyataan hawkish daripada Federal Reserve (Fed).

Akan tetapi pengukuhan sepertinya tidak dapat bertahan lama selepas dolar Australian telah peroleh pacuan berikutan bacaan positif oleh penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia.

Tumpuan pula akan lebih terarah kepada data penting berkaitan USD yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini termasuk keputusan dari data ADP NFP Amerika Syarikat (AS) bagi sektor swasta.

Penurunan tersebut juga telah menggambarkan penyusutan menghampiri 1000 pips daripada paras 0.80000 yang merupakan paras tertinggi yang pernah dicatatkan pada penghujung dagangan Februari.

Selepas membuat rekod terbaharu, pergerakan harga dilihat melonjak semula serta telah mengatasi paras rintangan Moving Average 50 (MA50) untuk menutup dagangan harian dengan candle bearish.

Namun jikalau harga berjaya untuk meneruskan corak kenaikan lebih gah, zon sokongan sebelum ini yang kini telah menjadi zon SBR (support become resistance) 0.72000 berkemungkinan akan digapai.

Kemampuan harga mencapai ke zon SBR tersebut secara tidak langsung akan memperlihatkan harga berupaya untuk terbang lagi tinggi dengan jangkaan bakal melihat harga menguji ke zon SBR 0.73000.

Manakala sebaliknya zon sokongan terbaharu pada 0.71000 berkebarangkalian akan kembali dijejaki jika pergerakan harga terus mencatat penurunan ke paras lebih rendah dan utuh untuk kekal bearish.

Keutuhan dalam mengekalkan trend bearish bakal menyaksikan harga menguji paras terendah 2021 sekitar 0.70650 sebelum harga terus merekodkan paras terendah terbaharu sekali lagi pada tahun ini.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat