AUD/USD Masih Teruskan Kenaikan, Namun Ini Risiko Trader Perlu Tahu!

169

Dolar Australia dilihat berjaya didagangkan lebih baik berbanding US dolar yang kini mengalami penyusutan lebih parah bermula selepas pasaran memberi reaksi negatif terhadap terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) penghujung minggu lalu.

Meskipun tampak positif, namun pelabur tetap perlu berjaga-jaga terhadap dolar Australia susulan jangkaan untuk penetapan dasar monetari oleh bank pusat berkemungkinan akan lebih longgar.

Ini susulan keputusan mesyuarat polisi sebelum ini yang menyaksikan Reserve Bank of Australia (RBA) menetapkan kenaikan kadar faedah yang lebih rendah berbanding ramalan pada Oktober lalu, dan pada mesyuarat awal November ini, kadar faedah dinaikkan lebih perlahan.

Dapat diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD pada Selasa semalam telah berjaya meneruskan kenaikan sehingga mencapai paras sasaran pada rintangan 0.65400 sebelum kembali mengundur semula di sesi New York.

Kenaikan ke paras tersebut dilihat turut mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada penghujung Oktober dan juga September lalu, sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu.

Namun, kesuraman kembali menyelubungi dagangan dolar Aussie pada sesi Asia pagi Rabu ini berikutan dipengaruhi oleh terbitan data inflasi dan harga pengeluar yang suram di China, yang merupakan rakan dagang utama Australia.

Justeru, harga dilihat berlegar perlahan di sekitar 0.65000 sehingga dagangan bersambung ke awal sesi Eropah, namun harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD untuk isyarat bullish.

Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan, rintangan 0.65400 akan diuji sekali lagi sebelum harga yang menembusinya akan catatkan paras ketinggian terbaru lagi minggu ini.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi harga adalah pada zon 0.67000 yang menjadi tumpuan penting pada dagangan September lalu.

Namun, jika dolar Aussie gagal pertahankan corak kenaikan sebelum ini, penurunan harga boleh berlaku dengan penurunan di bawah sokongan MA50 akan mencetus jangkaan perubahan trend buat harga semula.

Harga akan dijangka susut menuju zon sekitar 0.63700 sebelum menguji paras terendah minggu lalu sekitar 0.62800.

Kemudiannya, harga berkemungkinan melanjutkan penurunan menuju pula zon support penting yang berada pada 0.62000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat