AUD/USD Melonjak Susulan Keputusan Agresif Mesyuarat Polisi RBA

165

Selain keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah yang dinantikan pada minggu ini, pasaran terlebih dahulu memberi tumpuan terhadap mesyuarat polisi bank pusat Australia hari ini.

Reserve Bank of Australia (RBA) turut membuat kejutan dengan meningkatkan kadar faedah kepada 50 mata asas, lebih tinggi berbanding jangkaan 25 mata asas.

Kadar faedah meningkat kepada 0.85% daripada 0.35% sebelum ini, mengatasi jangkaan untuk meningkat kepada 0.60%.

Susulan keputusan mesyuarat tersebut, dolar Australia telah melonjak catatkan peningkatan nilainya, namun dilihat gagal mengekalkan momentum tersebut.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, mengimbas pergerakan sebelum ini, harga telah memaparkan corak penurunan selepas kenaikan minggu lalu yang mencapai paras ketinggian 0.72800 pada Jumaat, gagal meneruskan pendakian yang lebih tinggi.

Malah bersambung pada dagangan pembukaan pasaran di awal minggu ini pada Isnin semalam, kenaikan harga sekadar menguji zon 0.72300 yang menjadi rintangan buat harga sebelum menyambung penurunan.

Pergerakan harga juga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat untuk trend bearish buat harga.

Bersambung pada dagangan ke awal sesi Asia pagi Selasa ini, harga telah susut menguji zon tumpuan pada 0.718000.

Dan selepas keputusan mesyuarat RBA sebentar tadi, harga telah melonjak sekitar 80 pips mencapai paras ketinggian sekitar 0.72450 sebelum kembali susut semula di bawah zon 0.72300.

Harga kembali bergerak di bawah paras halangan MA50 yang masih memberi isyarat bearish dan berlegar di zon 0.72000 bersambung pada dagangan di awal sesi Eropah petang ini.

Sekiranya penurunan lebih rendah diteruskan semula, harga yang bergeak di bawah zon 0.71800 bakal menyusul ke paras lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) pada 0.71000.

Namun jika harga berjaya membuat lonjakan sekali lagi, menembusi rintangan pada 0.72300 akan mendorong harga menguji semula paras ketinggian 0.72800 yang dicapai pada penghujung minggu lalu.

Seterusnya, barulah trend bullish sebelum ini akan diteruskan lagi untuk harga terus catatkan paras ketinggian terbaru untuk tempoh dagangan 7 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat