AUD/USD Menjunam Selepas Capai Rekod Tertinggi 3 Tahun

476

Seperti yang dijangkakan, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD telah mencapai paras ketinggian terbaru pada 0.8000.

Namun, apa yang tidak disangkakan oleh para pelabur apabila setelah harga mencapai paras ketinggian terbaru itu, harga telah menjunam semula sekitar 140 pips!

Faktor pengukuhan semula US dolar pada sesi New York semalam nampaknya telah memberi kesan perubahan arah harga pada carta-carta utama termasuk AUD/USD.

Penurunan harga begitu ketara berikutan sentimen pasaran yang dilihat mula berisiko setelah penurunan pada indeks-indeks utama pasaran Wall Street, turut memberi kesan buruk terhadap dolar Aussie.

Harga telah menjunam melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat perubahan trend bearish sehingga harga mencecah ke paras sekitar 0.78600.

Bersambung pada dagangan sesi Asia hari ini, harga meneruskan penurunan lebih rendah ke paras 0.78200 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Jika momentum penurunan harga dikekalkan, harga bakal susut lebih rendah menuju ke paras sokongan sekitar 0.77300.

Zon support lebih rendah pada 0.76500 akan menanti kejatuhan harga yang berterusan.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat lonjakan semula, paras halangan MA50 perlu dilepasi semula untuk harga menuju semula ke paras rintangan 0.8000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat