AUD/USD Naik Semula Catat Paras Tertinggi Mingguan

293

Dolar Australia kembali bergerak meningkat sehingga dagangan sesi New York semalam selepas penyusutan nilai di sesi Asia sebelumnya.

Sentimen pasaran semakin beransur pulih dan tumpuan pasaran kini terarah pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada awal sesi New York malam ini.

Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari ini menerbitkan laporan minit mesyuarat dengan unjuran pertumbuhan ekonomi yang meningkat namun akan mengekalkan polisi yang longgar.

Kadar faedah tidak akan dinaikkan sehingga inflasi mencapai paras sasaran, berkemungkinan sehingga 2024.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD kembali melonjak semula sekitar 80 pips selepas penurunan ke paras 0.77000 semalam. Kenaikan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga itu juga masih memberikan isyarat untuk kenaikan lebih tinggi.

Namun, momentum kenaikan harga kembali suram pada sesi Asia pagi ini malah harga pula menunjukkan penurunan sehingga dagangan bersambung di awal sesi Eropah.

Jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, zon resistance pada 0.78300 akan diuji seperti minggu lalu. Zon resistance tersebut masih gagal ditembusi sejak dagangan awal Mac.

Harga yang berjaya melepasi zon tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan menuju ke paras sekitar 0.79000.

Sebaliknya jika harga menjunam semula di bawah paras MA50, harga bakal menuju ke zon RBS (resistance become support) pada 0.76500.

Penurunan di bawah zon tersebut bakal terdorong sehingga ke zon support 0.75700 yang diuji pada April lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat