AUD/USD Pasangan Matawang Tumpuan Pada Dagangan Hari Ini

602

Pergerakan harga bagi pasangan matawang tumpuan hari ini iaitu AUD/USD jelas menunjukkan penurunan berikutan kelemahan pada dagangan matawang Aussie.

Semalam harga dibuka tinggi dan membuat kenaikan dari paras terendah yang dicecah sejak awal Januari lalu didorong oleh kemenangan mengejut oleh parti konservatif kerajaan pada pilihanraya terbaru di Australia.

Namun tumpuan hari ini terarah kepada minit mesyuarat bagi mesyuarat terbaru di mana bank pusat telah mengekalkan kadar faedah meleset berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran sebelum ini.

Susulan minit mesyuarat yang dikeluarkan, Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe memberikan isyarat bahawa bank pusat bakal mempertimbangkan penurunan kadar faedah pada mesyuarat Jun nanti.

Komen dovish tersebut telah mendorong penurunan pada dagangan Aussie hari ini. Selain itu, tekanan terhadap isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China terus mempengaruhi dagangan dolar AUD.

Kini sedang hangat dibicarakan berkenaan syarikat teknologi gergasi dari China, Huawei yang telah disenarai hitamkan oleh pentadbiran Donald Trump dari berurusan dengan syarikat-syarikat Amerika Syarikat.

Dilihat pergerakan harga pada AUD/USD hari ini, harga yang membuat kenaikan pada awal sesi Asia ke paras resistance 0.6929 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini telah menjunam sekitar hampir 60 pips lebih rendah melepasi paras support 0.6885 (MagicS1).

Sedikit lagi penurunan harga akan kembali menguji zon support pada 0.6865 (MagicS2) yang merupakan paras terendah harga yang dicecah sebelum pasaran New York minggu lalu ditutup.

Jika harga berjaya membuat penurunan melepasi zon support tersebut, harga akan terus mencari paras terendah semasa yang baru berkemungkinan menuju ke paras sekitar 0.6840 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, jangkaan kenaikan harga akan menguji paras tumpuan pada 0.69000 sebelum melonjak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini.

Kenaikan seterusnya dilihat akan kembali menguji zon SBR (support become resistance) di sekitar paras 0.69400 sedikit tinggi dari paras MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 0.6885, 0.6865, 0.6840.

Paras resistance: 0.6929, 0.6954, 0.6974.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat