AUD/USD Sambung Junam Selepas Data Pekerjaan Australia Diterbitkan Suram

126

Dolar Australia mengalami penyusutan lebih dalam ketika menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan reaksi suram terhadap penerbitan laporan data pekerjaan Australia sebentar tadi.

Ekonomi Australia kehilangan 14,600 pekerjaan pada bulan Disember lalu meleset berbanding jangkaan untuk bertambah sebanyak 26,500 pekerjaan.

Sementara, kadar pengangguran kekal di paras 3.5% ketika ramalan adalah untuk menurun kepada 3.4%.

Bacaan laporan yang suram ini telah mendorong penyusutan semula dolar Aussie menuju dagangan penghujung minggu ini.

Selain itu, risiko terhadap kemeseletan global yang semakin meningkat turut mempengaruhi tekanan terhadap mata wang tersebut, sebaliknya dilihat kembali memberi kelebihan terhadap mata wang safe-haven termasuk US dolar.

Justeru, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD mula berubah arah menunjukkan corak penurunan semula.

Pada dagangan Rabu semalam, harga pada mulanya berjaya membuat kenaikan ke sekitar 0.70600 mencatatkan paras tertinggi terbaru 5 bulan, namun mengalami kejatuhan ketara semual di sesi New York.

Penurunan harga di bawah paras 0.70000 melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD memberi isyarat perubahan trend.

Selepas menutup dagangan sesi New York di sekitar 0.69400, harga menyambung corak penurunan tersebut di sesi Asia pagi ini sebelum mula perlahan di zon 0.69000.

Penurunan lebih rendah dijangkakan akan menuju ke beberapa paras tumpuan seperti 0.68300 dan 0.67600 menyaksikan pergerakan trend bearish yang lebih jelas.

Seterusnya, harga dilihat akan kembali singgah ke zon support 0.67000 yang turut menjadi persinggahan harga pada awal Januari lalu.

Namun jika harga berjaya dilonjakkan semula dari zon 0.69000, harga perlu melepasi kembali paras 0.70000 untuk menunjukkan pergerakan bullish bakal diteruskan.

Mengatasi ketinggian dicapai semalam akan mendorong harga catatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran adalah pada zon 0.71000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat