AUD/USD Terpacak Tegak Selepas Kejutan Oleh RBA!

146

Mengejutkan pasaran menuju penghujung sesi Asia hari ini apabila keputusan mesyuarat bank pusat Australia meleset berbanding ramalan.

Reserve Bank of Australia (RBA) telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 3.85% untuk mesyuarat terbaru, berbanding ramalan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 3.60%.

Ini menunjukkan pengetatan dasar monetari oleh RBA masih belum berakhir dengan objektif masih untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran.

Situasi mengejutkan ini turut memberi kesan terhadap pergerakan mata wang dolar Australia yang melonjak tinggi sebaik sahaja keputusan mesyuarat diumumkan.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga yang perlahan di sekitar 0.66300 kemudiannya melonjak telah hingga menuju paras 0.67000.

Harga dilihat mengekalkan corak kenaikan awal minggu semalam ketika sesi Asia dan Eropah, biarpun sedikit susut semula di sesi New York ekoran pengukuhan US dolar.

Lonjakan harga dari paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu juga turut memberi petunjuk untuk pergerakan bullish buat harga.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan setelah melepasi halangan pada zon 0.67000 sebelum harga menyambung kenaikan menuju ketinggian sebelum ini sekitar 0.67700 dan zon rintangan 0.68000.

Jika US dolar pula melemah, kenaikan lebih tinggi mampu diteruskan harga hingga menuju sasaran pada 0.69000.

Sebaliknya jika situasi lonjakan harga yang berlaku ini hanya sementara, penurunan semula harga boleh dijangkakan untuk kembali ke paras sokongan dicecah penghujung minggu lalu pada 0.65800.

Seterusnya, dengan petunjuk baru untuk pergerakan bearish harga semula akan mendorong harga catatkan paras terendah terbaru lagi minggu ini berkemungkinan menuju 0.65000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat