AUD/USD Teruskan Kenaikan Ke Paras Tertinggi 6 Minggu

327

Walaupun sentimen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 masih memberi kesan tidak menentu dalam pasaran, namun pasaran saham AS yang melonjak telah menyokong pemulihan bagi dagangan mata wang komoditi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand.

Dolar Australia kekal meneruskan pengukuhan sehingga dagangan semalam selepas mesyuarat bank pusat Australia pada awal minggu dilihat memberi tekanan terhadap mata wang tersebut.

Dengan penyusutan nilai US dolar dalam pasaran, pelabur telah dipamerkan kenaikan ketara harga pada carta pasangan AUD/USD sehingga mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu.

Pada dagangan Khamis semalam, harga telah mencatatkan lonjakan harian sekitar 140 pips hampir menyentuh paras ketinggian 0.73000 di zon resistance.

Lonjakan tersebut juga telah mengatasi paras ketinggian harga pada hari undian pilihan raya di atas paras harga 0.72000.

Dengan jangkaan untuk US dolar kekal susut menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada sesi New York sebentar nanti, harga boleh dijangkakan untuk terus meningkat ke paras lebih tinggi melepasi zon resistance 0.73000.

Sekiranya sentimen pasaran berubah, penurunan harga dilihat akan kembali menguji zon RBS (resistance become support) 0.72000 dan juga 0.71800.

Penurunan lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta AUD/USD juga akan mula memberi isyarat trend bearish harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat