AUD/USD Uji Zon Support 0.67700, Harga Bakal Turun Lebih Rendah Lagi?

275

Dagangan dolar Australia diniagakan agak berisiko berikutan perubahan nilai matawang adalah didorong oleh sentimen pasaran khususnya terarah pada rundingan dagang AS-China buat masa ini.

Tumpuan pada hari ini terarah pada ucapan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA) pada petang nanti untuk pelabur mendapatkan isyarat lebih jelas bagi dasar monetari bank pusat.

Jika melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD sejak minggu lalu, harga lebih cenderung menunjukkan corak penurunan harga.

Meskipun sentimen rundingan dagang AS-China semakin dilaporkan positif, harga menunjukkan penurunan ekoran ditekan oleh pengukuhan matawang dolar USD.

Permulaan dagangan pada minggu ini juga, harga turut menunjukkan penurunan selepas pergerakan mendatar pada sesi Asia semalam.

Harga telah turun lebih rendah di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) sehingga ke paras support 0.67700 sebelum harga pantul bergerak perlahan sehingga dagangan sesi New York berakhir.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga dilihat cuba membuat kenaikan dan menguji garisan halangan MA50 sehingga menuju pembukaan sesi pasaran Eropah.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi MA50 tersebut, jangkaan kenaikan harga akan menuju ke paras 0.68200 untuk menguji paras tumpuan tersebut.

Sedikit kenaikan lebih tinggi akan menguji paras ketinggian yang dicapai minggu lalu pada zon SBR (support become resistance) sekitar paras harga 0.68300.

Namun jika harga terus membuat penurunan, zon support 0.67700 bakal diuji kembali. Penurunan lebih rendah dari zon tersebut bakal mencatatkan paras terendah bulanan terbaru pada carta AUD/USD.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat