Aud/Usd Berada di Level Fibo dan Trendline di H4

62

AUD/USD menguat semula pada Isnin berikutan matawang US dolar melemah pada sesi semalam berbanding matawang utama dunia yang lain. Pasangan matawang ini memadam kejatuhan tiga hari berturut-turut pada minggu lepas yang juga berhadapan level fibo retracement 38.2% di paras 0.7485.

Kita dapat melihat dalam gambar di bawah yang menunjukkan pair ini cuba untuk menembusi level ini tetapi tidak Berjaya sejak November lepas berdasarkan time-frame Daily.

Manakala indeks US dolar (DXY) pula pada sesi Isnin membuat correction ke bawah yang berkemungkinan aktiviti pengambilan untung oleh trader-trader berikutan news besar FOMC pada Khamis ini. Penjualan US dolar menyebabkan Bearish Engulfing terbentuk pada indeks US dolar di time-frame daily.

Biro Statistik Australia telah mengeluarkan data indeks harga perumahan pada 8.30 pagi tadi yang menunjukkan penurunan sebanyak 1.5%. Data pada hari ini menunjukkan keyakinan dalam sektor perniagaan yang semakin berkurangan. Ketika ini kita melihat Aud/Usd sedang melemah dan berada di paras 0.7480 pada masa artikel ini ditulis.

US dolar pada Isnin melemah berbanding matawan-matawang utama dunia yang lain termasuk Pound, Euro, dan Kiwi.

Dalam time-frame Weekly Aud/Usd menunjukkan pattern ‘doji’ terbentuk pada minggu lepas. Ia menggambarkan pergerakan ranging pair ini pada dua minggu lepas. Paras tertinggi dicapai oleh pair ini pada minggu lepas ialah 0.7510. Jika harga menembusi paras ini menunjukkan seller yang berada di level fibo 38.2% tidak mencukupi untuk membawa harga ke bawah.

Level Fibo seterusnya akan berada di paras 50% pada harga 0.7541 dan jika paras ini turut ditembusi harga dijangka akan pergi ke level 62.8% pada harga 0.7596.

Jika dilihat pada time-frame H4, terdapat trendline menaik sejak paras terendah dicapai pada 21 November lepas. Kejatuhan Aud/Usd pada dua hari terakhir minggu lepas mengekalkan pergerakan pair ini di dalam trendline ini.

 

Aud/Usd TF Daily
Aud/Usd time-frame H4
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat