AUD/USD Jatuh 40 Pips Selepas Data Jualan Runcit Susut Diluar Jangkaan

64

Matawang Aussie jatuh selepas bacaan jualan runcit susut diluar jangkaan pada hari Khamis, walaupun lebihan dagangan menunjukkan bacaan yang lebih tinggi.

AUD/USD didagang pada paras 0.7838, susut 0.32%, manakala USD/JPY naik 0.06% kepada 112.82 pada jam 10.30 pagi

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain, naik 0.05% kepada 93.36 dalam sesi dagangan Asia yang lengang dengan penutupan pasaran China, Korea Selatan dan Hong Kong.

 

Australia melaporkan imbangan perdagangan bulan Ogos dengan lebihan sebanyak A$989 billion, lebih tinggi daripada jangkaan A$875 billion, namun bacaan jualan runcit jatuh mendadak -0.6% berbanding jangkaan 0.3%.

Semalam dolar jatuh berbanding matawang utama lain walaupun laporan sektor perkhidmatan dan pasaran buruh lebih tinggi daripada jangkaan berikutan para pelabur menunggu ucapan daripada Yellen pada akhir pasaran lalu.

Data bukan pembuatan ISM naik 59.8, melebihi jangkaan 55.7. Bacaan ini merupakan yang tertinggi sejak indeks berjaya mencapai angka 61.3 pada Ogos 2005.

Sektor perkhidmatan antara komponen penting dalam ekonomi US, bersamaan 80% daripada GDP negara.

ADP dan Moodys juga melaporkan peningkatan gaji 135,000 pada bulan September, melebihi jangkaan 125,000 namun masih rendah berbanding bacaan pada bulan Ogos setinggi 228,000.

Antara yang menekan dolar ketika ini juga disebabkan spekulasi yang semakin meningkat terhadap pilihan Trump untuk pengerusi Federal Reserve seterusnya

Ketika ini dilihat Gabenor Fed, Jerome Powell menjadi pilihan utama Setiausaha Perbendaharaan US, Steven Mnuchin berbanding Kevin Warsh. Hal ini turut menekan dolar dan hasil bon US kerana pandangan Powell terhadap dasar monetari kurang hawkish berbanding Yellen.

Pengukuhan pound dan euro juga antara faktor yang melemahkan dolar selepas UK dan zon eropah melaporakan data industri perkhimdatan yang lebih baik diluar jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat