Aud/Usd Jatuh Hampir 70 Pip, Data Harga Pengguna Sedikit Meleset

42

Inflasi tahunan di Australia naik ke paras tertinggi pada suku pertama 2017 yang menunjukkan bukti bahawa risiko deflasi semakin berkurangan.

Harga pengguna (cpi) naik 0.5% pada suku pertama selepas naik 0.5% juga pada suku keempat 2016 seperti yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Australia dalam laporannya pada Rabu.

Inflasi tahunan kini berada pada 2.1% pada suku pertama berbanding 1.5% yang direkod dalam tempoh Oktober hingga Disember 2016.

Jangkaan bagi harga pengguna kali ini ialah 2.2% sedikit tinggi berbanding data sebenar kali ini.

Harga pengguna purata yang dipotong (trimmed mean CPI) yang dikeluarkan oleh Bank Pusat Australia (RBA) pula naik 0.5% dalam tempoh sama yang membawa kepada kadar tahunan sebanyak 1.9%. Data ini sama seperti harga pengguna yang biasa tetapi tidak mengambilkira harga barangan yang mudah berubah.

Inflasi yang lemah telah memaksa RBA menurunkan kadar faedah ke paras terendah tahun lalu. Kejatuhan harga tahun lalu banyak disumbangkan oleh kejatuhan harga komoditi. Ekonomi yang kembali mengukuh dan lebih banyak pekerjaan sejak beberapa bulan lalu menunjukkan RBA di landasan yang betul untuk mengetatkan semula polisi monetari.

Kadar faedah yang lebih tinggi adalah alat yang boleh digunakan oleh RBA bagi membendung masalah dalam pasaran perumahan yang semakin merebak. Bank pusat telah berulang kali memberi amaran tentang kenaikan hutang perumahan isirumah di Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat