Aura Halving 2024 Sangat Luar Biasa, BTC Terduduk Ke $68K!

782

“Acara halving makin dekat, mesti semua orang berdebar-debar nak tahu harga BTC ke mana kan?”

Sebelum memulih semula di atas $69,000, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) semalam merudum sehingga $68,101 apabila peningkatan volatile menjelang acara halving BTC paling dinanti-nantikan pada bulan ini telah tercetus.

Menurut Andy Bromberg, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Beam pada lewat bulan lepas berkata pergerakan tidak menentu disaksikan oleh BTC baru-baru ini telah mencerminkan krisis kepercayaan di kalangan traders sebelum acara halving BTC berlaku.

Secara konteks, acara halving BTC yang berlangsung setiap empat tahun adalah ganjaran blok diperuntukkan kepada miners yang bakal dikurangkan separuh sebagai cara mengawal pengagihan bekalan 21 juta tetapnya, jadi tahun ini ia akan turun daripada 6.25 BTC kepada 2.125 BTC.

Suka dimaklumkan setiap halving BTC telah diikuti oleh kenaikan dalam harga kripto, tetapi perlu diketahui sesetengah penganalisis memberi amaran bahawa ia mungkin priced in.

Menerusi laporan daripada Coinbase, kenaikan harga sebelum ini turut dikaitkan dengan peristiwa makro lebih luas seperti pandemik coronavirus dan lockdown yang mengakibatkan dasar monetari sangat longgar sementara fiskal lebih kukuh dari segi sejarah.

Meskipun begitu, halving 2024 juga tidak tipikal susulan harga BTC cecah paras tertinggi sepanjang masa sebelum halving yang didorong oleh kelulusan beberapa spot BTC ETF di Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2024.

Susulan ETF beli BTC daripada pasaran ditambah pula acara halving yang akan mengurangkan bekalan BTC baharu, masalah bekalan mampu berlaku di mana sesetengah penganalisis berpendapat ia adalah penunjuk pendakian harga aset digital itu apabila menghampiri halving.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.30% pada paras $69,377 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 0.87% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat