Aussie dan Kiwi Melemah, Greenback Masih Dalam Momentum Bertahan

48

Dollar Australia dan New Zealand bergerak lebih rendah pada Khamis apabila permintaan bagi matawang Amerika Syaraikt terus disokong gara-gara data pekerjaan yang dikeluarkan positif sebelum ini.

AUD/USD menjunam sebanyak 0.12 peratus kepada 0.7518, tidak jauh dari paras terendah dalam tempoh enam minggu.

AUD/USD, 30 minit

US Dollar mula mendapat rentak untuk melonjak sejurus selepas data gaji ADP dikeluarkan positif dengan pertambahan 298,000 pekerjaan berbanding ramalan peningkatan sebanyak 190,000.

Bacaan ini juga merupakan peningkatan terbesar di dalam sektor swasta sejak Mac 2006.

Namun begitu, tumpuan masih  diberikan kepada data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat bagi mengukuhkan lagi jangkaan kenaikan kadar yang akan dipersetujui minggu depan.

NZD/USD menjunam sebanyak 0.22 peratus kepada 0.6899.

NZD/USD, 30 minit

Dalam sesi ini, US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang yang lain dikatakan berada pada paras stabil.

Jepun Cuba Elakkan Isu Kontroversi Dari Dibincangkan di Dalam Dialog Ekonomi Dengan AS!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat