Aussie Melemah, Sementara Pound dan Yen Menguat dalam Sesi Asia

71

Aussie menyusut pada awal sesi Asia menjelang data jualan runcit dan indeks keyakinan perniagaan.

AUD/USD didagangkan menurun 0.03%, manakala USD/JPY didagang menjunam 0.07%. Sementara itu, GBP/USD melonjak 0.07%.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Di Australia indeks perkhidmatan AIG meningkat kepada 48.9 untuk bulan September. Data jualan runcit pula turut meningkat kepada 0.4% bulan Ogos.

US Dollar index yang melawan 6 matawang utama kali terakhir disebut pada 96.10.

Semalam, US Dollar meneruskan kenaikan ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan berbanding matawang lain, sekali gus meningkatkan harapan potensi kenaikan kadar AS sebelum akhir tahun ini.

Gabenor Fed, Jeffrey Lacker mencadangkan pada Selasa bahawa kadar faedah seharusnya berada pada paras 1.5% berbanding julat semasa iaitu 0.25% hingga 0.50%. Beliau berkata demikian ketika di Persidangan Tinjauan Ekonomi West Virginia di Charleston, West Virginia.

Beliau juga mencadangkan langkah “pre-emptive” untuk mengelakkan inflasi masa hadapan.

Peserta pasaran sekarang memberi fokus kepada data NFP yang bakal dikeluarkan Jumaat ini bagi petunjuk yang lebih jelas mengenai kenaikan kadar.

Firma penyelidikan Markit berkata pada hari Selasa bahawa indeks pengurus pembelian sektor pembinaan meningkat kepada 52.3 pada September, berbanding bacaan bulan Ogos.

Pun begitu, Pound kekal berada di bawah tekanan berikutan kebimbangan terhadap isu ‘hard Brexit’ selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May menetapkan penghujung Mac sebagai proses rasmi bagi meninggalkan Kesatuan Eropah.

Event Penting Sepanjang Minggu Ini Yang Anda Perlu Tahu

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat