Aussie Melonjak Awal Dagangan Sesi Asia Terkesan Faktor Perkembangan Rundingan Dagang

462

Matawang dolar AUD pada awal pagi ini memulakan dagangan sesi pasaran Asia dengan positif setelah membuat kenaikan sejak awal sesi bermula. Ini adalah disebabkan laporan berkenaan Presiden Donald Trump yang telah menyatakan bahawa beliau akan melanjutkan kenaikan tarif terhadap barangan China pada 1 Mac ini, memberi isyarat perkembangan positif rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China pada minggu lalu.

Justeru itu, matawang berpulangan tinggi yang sensitif terhadap risiko dalam pasaran akan mendapat kesan dan dapat dilihat dagangan pada dolar AUD dan juga dolar NZD yang menunjukkan kenaikan pada permulaan sesi Asia minggu ini.

Sebaliknya, matawang safe-haven Yen akan mengalami penurunan setelah pelabur yang melihat sentimen pasaran yang kembali pulih akan menyebabkan aliran pelaburan keluar serta membuatkan permintaan terhadap Yen menurun.

Trump turut menyatakan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat sidang kemuncak bersama Prsiden China, Xi Jinping di Florida untuk mencapai kesepakatan perjanjian memandangkan perkembangan yang baik pada rundingan dagang yang berlangsung.

Sementara itu, Pound Sterling mula memberikan harapan terhadap pelabur apabila kembali melonjak pada penghujung dagangan minggu lalu berikutan perkembangan terhadap rundingan Brexit. Sterling melonjak 1.2% pada minggu lalu memadamkan rekod kejatuhan nilai selama tiga minggu berturut-turut sebelumnya. Pemerhatian dagangan secara mingguan juga, matawang tersebut dilihat antara dagangan dengan prestasi terbaik berbanding matawang utama yang lain.

Perkembangan positif rundingan dagang turut menyebabkan dolar USD sebagai antara matawang berstatus safe-haven mengalami kejatuhan nilai sejak penghujung dagangan minggu lalu. Selain itu juga, tumpuan pelabur terhadap matawang USD kembali terarah kepada faktor fundamental di mana bank pusat yang bakal menghentikan proses pengetatan dasar monetari berikutan nada dovish FED terhadap kenaikan kadar faedah.

Banyak faktor yang turut mempengaruhi kegoyahan dagangan USD selain daripada data ekonomi domestik setelah dagangan yang kukuh ditunjukkan pada tahun 2018 lalu. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam pasaran dan kawal risiko dagangan anda sebaik mungkin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat