Aussie Melonjak Susulan Kenyataan Gabenor Lowe Mengenai Dasar Monetari Tidak Konvensional

297

Pasaran sesi Eropah memperlihatkan matawang euro kekal berada di bawah tekanan untuk didagangkan lemah berbanding dolar Amerika meskipun terdapat peningkatan dalam sentimen perniagaan Jerman yang lebih baik daripada yang dijangkakan.

Sementara itu, pound meneruskan momentumnya untuk diniagakan rendah berbanding USD pada sesi Eropah selepas satu lagi tinjauan menunjukkan jurang antara Parti Konservatif dan Parti Buruh semakin rapat.

Ini menimbulkan kebimbangan pasaran terhadap peluang Parti Konservatif di bawah pimpinan PM UK Boris Johnson untuk memenangi pilihan raya akan datang semakin tipis.

Penganalisis memberi amaran kepada kepercayaan yang diletakkan oleh pasaran terlalu tinggi untuk Parti Konservatif mungkin akan mengecewakan pasaran sekiranya keputusan tinjauan lebih memihak kepada Parti Buruh menjelang pilihan raya pada Disember ini.

Selain itu, perunding perdagangan AS dan China dilaporkan telah berbincang mengenai isu-isu utama yang menjadi kebimbangan kedua-dua negara dan turut mencapai kesepakatan mengenai penyelesaian masalah yang berkaitan.

Bagaimanapun, perkembangan positif tersebut gagal mengekalkan pengukuhan dolar USD untuk kembali menyusut berbanding yen pada dagangan sesi Eropah. Keraguan terhadap perkembangan perdagangan menyebabkan sentimen kembali berhati-hati.

Di sisi lain, dolar Australia melonjak susulan kenyataan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe yang menyatakan bahawa pelonggaran kuantitatif atau dasar monetari tidak konvensional adalah bukan sebahagian daripada agenda RBA.

Lowe juga memberitahu bahawa beliau tidak menjangkakan Australia akan sampai ke tahap yang memerlukan kadar faedah negatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat