Aussie Menguat Sementara Yen Melemah Dalam Sesi Asia Hari Ini!

48

AUD/USD meningkat 0.07% manakala USD/JPY meningkat sebanyak 0.04% dalam sesi Asia hari ini.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Di Australia, Indeks pembuatan AIG melonjak kepada 54.2 pada bulan November daripada 50.9 bulan sebelumnya. Australia juga melaporkan kemerosotan perbelanjaan modal baru sektor swasta yang merosot 4.0% melebihi kejatuhan yang pernah dicatat pada suku ketiga yang lalu.

Jepun juga melaporkan indek pembuatan PMI bagi bulan November meningkat dari angka sebelumnya.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 101.63.

Semalam, US Dollar melonjak berbanding yen dan euro pada Rabu, namun merosot berbanding Pound dalam sesi ini. US Dollar telah disokong oleh data pendapatan dan perbelanjaan isi rumah berkembang pada kadar yang pesat untuk bulan kedua berturut-turut.

Satu lagi laporan ekonomi yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa pengambilan sektor swasta terus meningkat pada kadar yang lebih cepat bulan ini. Data ini menunjukkan bahawa ekonomi pada bulan ini lebih kuat berbanding yang pernah dicatat sebelum ini.

Fed juga bersedia untuk memberi fokus kepada dasar monetari yang lebih ketat bagi mesyuarat akan datang. Kadar faedah yang lebih tinggi juga dijangka akan menambah pengukuhan US Dollar. Pasaran juga berpotensi untuk menyaksikan peningkatan kadar secara beransur-ansur beberapa bulan pertama semasa pemerintahan Donald Trump nanti.

 

Indonesia Disingkirkan Dari Menyertai OPEC!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat