Aussie Menurun, Data Imbangan Perdagangan Fokus Pada Pagi ini

42

Aussie meneruskan penurunan pada awal pasaran Asia hari Khamis menjelang data imbangan perdagangan (trade balance) hari ini, serta data nonfarm payroll (NFP) esok.

Pasangan matawang AUDUSD di dagangkan pada 0.7927, susut 0.40% setakat jam 9 pagi. Manakala USDJPY pula meningkat kepada 110.79. GBPPUSD susut sedikit 0.03% kepada 1.3219

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama lain, meningkat sedikit 0.13% kepada 92.86

Jangkaan data trade balance Australia bagi bulan Jun pada jam 9.30 pagi nanti adalah lebihan sebanyak AS$1.8 billion. Kemudian di susuli dengan data PMI Caixin yang di jangka meningkat sedikit pada bacaan 51.9.

Semalam dolar US di lihat menjunam ke paras rendah 15-bulan yang lalu selepas kadar pekerjaan sektor swasta menurun kepada 178 ribu di luar jangkaan penganalisa pasaran. Hal ini menyebabkan jangkaan data positif pada NFP nanti semakin pudar.

Data yang lemah terhadap sektor pekerjaan swasta menjadi petanda kepada pasaran buruh US yang bergerak perlahan. Tambahan pula, jangkaan Federal Reserve untuk meningkatkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali juga semakin pudar.

Namun begitu, Presiden Fed di Cleveland, Loretta Mester menjelaskan bank pusat akan meneruskan perancangan mengetatkan polisi mereka secara beransur-ansur supaya ekonomi dapat terus berkembang.

“Saya lihat ada kelebihan jika kenaikan di teruskan secara konsisten, ia dapat mengelak daripada kekaburan dan menegaskan bahawa kami telah mengatur monetari polisi ini secara sistematik, dengan fokus kepada jangka masa sederhana, risiko yang bakal berlaku serta implikasinya dalam mencapai matlamat polisi kita”, jelas Mester dalam ucapannya kepada Komuniti Persatuan Bank Ohio di Cincinnati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat