Aussie Menyinar Selepas Data Inflasi Manakala USD Tidak Menentu Menjelang FOMC Malam Ini

512

Antara matawang yang mendapat sokongan dalam pasaran hari ini adalah matawang AUD dimana AUD melonjak selepas data inflasi pada sesi Asia hari ini keluar mengatasi ramalan pasaran. Tambahan lagi, Aussie juga dibantu oleh kenaikan harga bijih besi yang merupakan salah satu eksport utama negara itu. Sementara itu, matawang negara rakan dagangnya iaitu Yuan juga diniagakan paras tertinggi dalam tempoh enam bulan menjelang perbincangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China pada minggu ini.

Dalam isu perbincangan perdagangan, Amerika Syarikat dan China akan mengadakan perundingan mereka selama dua hari bertempat di Washington mulai hari ini. Ini merupakan perbincangan peringkat tertinggi selepas Presiden Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping bersetuju dengan gencatan senjata selama 90 hari pada Disember tempoh hari.

Beralih kepada perkembangan matawang AS Dollar pula, prestasi USD sedikit merosot dalam dagangan Eropah berbanding sekumpulan matawang utama yang lain ke arah penetapan dasar monetari Federal Reserve yang dijadualkan pada jam 3:00 pagi Khamis. Federal Reserve diramalkan akan mengekalkan kadar faedah selepas menaikkannya sebanyak empat kali pada tahun lepas.

Perhatian dalam mesyuarat FOMC malam ini akan difokuskan kepada persidangan akhbar Pengerusi Jerome Powell mengenai hala tuju dasar monetari FED untuk tahun ini. Komen-komen yang bernada dovish dari beberapa ahli FED sebelum ini memberi bayangan bahawa kadar faedah Amerika Syarikat dijangka rendah lebih-lebih lagi dengan kebimbangan pertumbuhan global yang perlahan serta pasaran kewangan yang merosot.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat