Aussie Merosot Ekoran Kejatuhan Inflasi, AS Dolar Mengekalkan Prestasinya.

507

Matawang AUD menunjukkan kemerosotannya sejurus sahaja data kadar inflasi dikeluarkan. Inflasi harga pengguna Australia perlahan kepada 1.3% pada suku tahun pertama 2019 daripada 1.8% pada suku tahun sebelumnya dan di bawah sasaran pasaran 1.5%. Ini merupakan kadar inflasi terendah sejak suku tahun ketiga 2016.

Dalam perkembangan matawang Euro pula, matawang ini berisiko untuk didagangkan rendah lagi. Hal ini ditunjukkan dalam data yang keluar dalam kalendar ekonomi Jerman hari ini. Indeks Iklim Perniagaan Ifo di Jerman jatuh 0.5 mata dari bulan sebelumnya kepada 99.2 pada April 2019, jangkaan pasaran yang hilang 99.9.

Sementara itu, AS Dolar meneruskan pengukuhannya dengan mendapat sokongan daripada musim pendapatan korporat yang kukuh serta data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan. Terbaru, data jualan rumah baru di Amerika Syarikat mencatatkan kenaikan sekaligus mendorong pelabur untuk meningkatkan permintaannya terhadap matawang USD.

Menjelang pembukaan sesi New York malam ini, pelabur akan mula beralih tumpuan kepada mesyuarat penetapan kadar faedah oleh Bank of Canada. Pelabur berkemungkinan merasakan kebimbangan dengan jangkaan penurunan kadar oleh BOC. Pada Mac, Loonie mengalami kejatuhan ke paras terendah dua bulan dagangan selepas kebimbangan pada perbelanjaan pengguna, sektor perumahan dan juga kadar inflasi. Namun, kebimbangan tersebut sedikit dipulihkan dengan peningkatan pada kadar jualan runcit dan indeks harga pengguna selepas beberapa minggu dagangan.

Namun, faktor tersebut masih belum cukup untuk menepis jangkaan dovish daripada keputusan bank pusat. Kenyataan susulan daripada Gabenor Carney akan menjadi tumpuan utama pelabur untuk mendapatkan sebarang petunjuk untuk tindakan kenaikan kadar yang seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat