Australia Haramkan Emas Rusia, Tambah Bantuan Ketenteraan Untuk Ukraine

311

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengumumkan bantuan ketenteraan tambahan sebanyak $74 juta ke atas Ukraine sebagai tindak balas kepada permintaan Presiden Volodymyr Zelenskyy.

Sebanyak $67.8 juta akan diperuntukkan sebagai bantuan ketenteraan kepada Kyiv, termasuk 14 pengangkut anggota berperisai, 20 kenderaan Bushmaster dan peralatan ketenteraan lain yang dihasilkan oleh industri pertahanan.

Australia juga akan memperuntukkan $5.9 juta untuk membantu Perkhidmatan Pengawal Sempadan Ukraine menaik taraf peralatan pengurusan sempadan, meningkatkan keselamatan siber dan menambah operasi sempadan di lapangan.

Negara itu akan menyediakan akses bebas cukai untuk import Ukraine ke Australia dan campur tangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk menyokong Ukraine dalam kesnya terhadap Rusia.

Ini menjadikan jumlah bantuan ketenteraan keseluruhan Australia ke Ukraine kepada kira-kira $230.6 juta, kata perdana menteri itu.

Dalam pada itu, Australia juga akan mengharamkan import emas dan menyenarai hitamkan beberapa menteri Rusia sebagai menyatakan sokongannya ke atas Ukraine.

Australia kini telah memperkenalkan sekatan terhadap 828 warga Rusia dan Belarus, termasuk ke atas presiden kedua-dua negara tersebut.

Ia juga menyekat 47 entiti Rusia, mengharamkan eksport senjata dan komponen, bahan mentah dan peralatan untuk menghasilkan minyak dan gas serta mengehadkan import ternaga, senjata dan peluru dari Moscow.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat