Australia Lulus Vaksin Pfizer, Tapi Katanya Ada Masalah Lain?

492

Australia akhirnya telah meluluskan vaksin Covid-19 yang dikembangkan Pfizer-BioNTech untuk digunakan di negara itu.

Pentadbiran Barangan Terapeutik (TGA) memberi kelulusan sementara terhadap vaksin Pfizer pada hari Isnin dengan mengatakan ia memenuhi standard keselamatan, keberkesanaan dan kualiti.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengatakan bahawa pengatur perubatan negara itu adalah salah satu yang pertama di dunia yang memberi kelulusan penggunaan vaksin tersebut.

Vaksinasi golongan keutamaan dengan vaksin Pfizer dijangka bermula pada akhir Februari, dengan 80,000 dos setiap minggu, kata Menteri Kesihatan Greg Hunt kepada wartawan.

Dalam pada itu, Pfizer telah memberitahu kerajaan Australia bahawa ia menjangka bekalan berterusan, tetapi mereka juga akan memberikan panduan pengeluaran global pada pertengahan Februari untuk bulan Mac dan seterusnya setiap minggu.

Sementara itu dalam laporan berasingan, pengagihan vaksin AstraZeneca di negara itu nampaknya berdepan dengan kesukaran selepas syarikat farmaseutikal itu memberi amaran bahawa ia mengalami masalah bekalan dan gagal memenuhi sebahagian permintaan pada bulan Mac seperti dijanjikan sebelum ini.

Dolar Aussie nampaknya menyambut baik berita mengenai kelulusan vaksin Pfizer dengan mempamerkan peningkatan lebih tinggi berbanding USD pada hari ini, walaupun pada awal sesi Asia pergerakannya agak terbatas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat