Australia Pula Kecam China

320

China sekali lagi menerima kecaman berhubung tuntutan mereka terhadap wilayah pertikaian, Laut China Selatan.

Kali ini, Australia pula menyatakan tuntutan China itu ‘tidak sah’ dan melanggar Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).

Menurut Australia, tiada bukti kukuh terhadap tuntutan maritim China di wilayah terbabit.

Minggu lalu, pasukan tentera laut China berkonfrontasi dengan tentera laut Australia di Kepulauan Spratly pada minggu lalu.

Konfrontasi itu mengeruhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tambahan pula Australia dilihat menyebelahi Amerika Syarikat.

Kecaman Australia itu disampaikan menerusi deklarasi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Deklarasi itu memaklumkan Australia tidak menerima tuntutan China terhadap Kepulauan Paracel dan Kepulauan Spratly.

China menuntut kawasan di wilayah berkenaan yang dikenali sebagai Garisan Sembilan Baris namun enam negara termasuk Malaysia turut menuntut kawasan terbabit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat