Australia Sokong Tindakan Amerika Syarikat Siasat China Dan WHO

977

White House telah mengeluarkan arahan kepada unit perisikan Amerika Syarikat (A.S) untuk menyiasat hubungan antara China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sama ada dua pihak tersebut ada menyembunyikan maklumat mengenai Covid19.

Siasatan tersebut merupakan amaran tegas daripada Presiden Donald Trump kepada China dalam tanggapannya terhadap penyebaran wabak tersebut. Jika sebelum ini Trump bersikap baik terhadap China dengan memuji Xi Jinping dan kerajaannya, kini beliau mahukan pampasan dari Beijing.

Susulan daripada itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison meluahkan kemarahan beliau terhadap negara China dengan menyokong penyiasatan yang dijalankan dan turut menyarankan WHO untuk bertindak tegas dengan melantik penyiasat dalam mencari sumber kepada wabak berkenaan.

Beliau menggambarkan tindakan itu sangat wajar untuk mencari siapa dalang sebenar tercetusnya virus pandemik tersebut. Masyarakat dunia sekarang sudah boleh menilai secara bebas bagaimana wabak tersebut berlaku dan melalui penyiasatan ini akan mengajar masyarakat untuk lebih peka serta bertindak cepat dalam mencegah perkara yang sama daripada berulang lagi.

Terkini dilaporkan pihak sekutu Australia di Eropah sedang mempertimbangkan semula hubungan mereka dengan China. Malah, Setiausaha Luar Negara Britain, Dominic Raab yang mewakili Perdana Menteri Boris Johnson ketika beliau di hospital kerana virus tersebut memberi amaran bahawa hubungan perniagaan A.S dan China adalah mustahil untuk kembali seperti biasa setelah negara mereka dilanda wabak itu.

Anggota Parlimen dari Parti Konservatif Johnson turut mewujudkan China Research Group bagi membahaskan idea baru tentang bagaimana Britain harus bertindak balas terhadap kebangkitan China. Pertubuhan kumpulan itu memberi tekanan kepada Johnson untuk melunaskan janjinya terhadap syarikat Huawei di China untuk mengembangkan pasaran rangkaian 5G di A.S.

Ahli Parlimen Konservatif dan setiausaha pertubuhan itu, Neil O’Brien, memberi pendapat beliau mengenai usaha pertubuhan tersebut masih tidak cukup untuk melawan kekuatan China. Usaha yang diketengahkan oleh negara seperti Sweeden, A.S dan Jerman dalam membincangkan kemajuan industri teknologi China jauh lebih hebat dan kritis.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat