Awal-awal Lagi Trump Dah ‘Buat Hal’!

524

Presiden Donald Trump yang masih berada dirawat kerana positif Covid-19, menyatakan bahawa beliau tidak mahu turut serta dalam debat presiden pada minggu hadapan jika ianya tidak ditukar kepada format biasa.

Menurutnya, beliau tidak mahu berdebat secara maya dan ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk terima.

Bahkan Trump mendakwa bahawa suruhanjaya debat itu cuba untuk melindungi lawannya iaitu Joe Biden.

Hakikatnya, Suruhanjaya Debat Presiden mengatakan sebelum ini bahawa mereka terpaksa melakukan perubahan kepada format maya untuk melindungi kesihatan dan keselamatan semua yang terlibat.

Perdebatan itu akan mempunyai struktur town hall, dengan calon di lokasi terpencil.

Umum mengetahui bahawa Donald Trump telah disahkan positif Covid-19 pada minggu lalu dan menerima rawatan selama 3 di hospital sebelum pulang ke White House pada Isnin petang. Walaupun masih dijangkiti, beliau telah menanggalkan topeng mukanya ketika tiba di sana.

Kini, Biden dikhabarkan berjaya mengatasi Trump dalam pengundian di seluruh negara dan di kebanyakan negeri adalah penting menjelang pilihan raya 3 November.

Namun begitu, Trump mengatakan bahawa terdapat peluang yang cerah untuk mencapai kesepakatan dengan Demokrat di Kongres mengenai pusingan baru rangsangan coronavirus untuk ekonomi AS yang hancur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat