Awas! Wabak Selesema Burung Pula!-EU

247

Belum tamat episod duka dengan penularan wabak pandemik Covid-19, kini negara Kesatuan Eropah (EU) perlu berwaspada dengan kemungkinan wabak selesema burung yang dibawa oleh burung liar dan domestik.

Menurut laporan yang dikemukakan oleh agensi kesihatan dan makanan EU, penyakit tersebut menular dalam kalangan burung, tetapi risiko jangkitannya terhadap manusia masih rendah.

Namun begitu, setiap negara perlu sentiasa mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan wabak berkenaan.

Amaran tersebut dikeluarkan susulan daripada penularan wabak sejak beberapa bulan kebelakangan ini di antara burung liar dan domestik di Rusia barat dan Kazakhstan, yang sedang dalam perjalanan bermigrasi pada musim luruh menuju ke Eropah.

Untuk pengetahuan semua, penularan wabak berkenaan dalam kalangan manusia adalah jarang terjadi, tetapi pernah berlaku pada masa lalu dan boleh menyebabkan kematian.

Akan tetapi, risiko penularan virus selesema burung terhadap masyarakat umum di Eropah masih sangat rendah.

Oleh yang demikian, untuk meminimumkan risiko penularan, orang ramai disarankan untuk tidak menyentuh bangkai burung tanpa memakai alat pelindung diri yang sesuai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat