Ayuh Henti Politikkan Virus, Jom Salahkan China – Trump

417

Presiden Donald Trump telah menggesa rakyat Amerika supaya berhenti daripada mempolitikkan coronavirus, hanya untuk menyalahkan China disebabkan penularan di Amerika Syarikat yang masih belum mereda.

Ketika memberi taklimat di White House pada Isnin, Trump telah menyeru rakyatnya agar tidak mempolitikkan virus, sebaliknya perlu bersatu untuk mengecam China yang menjadi punca kepada penyebaran virus tersebut ke Amerika dan di seluruh dunia.

Dengan menggunakan istilah melibatkan isu perkauman, Trump juga mendakwa bahawa hampir separuh daripada semua kematian di AS akibat ‘virus China’ adalah di rumah penjagaan.

Virus yang pada mulanya dilaporkan muncul di Wuhan, China telah meragut lebih 730,000 orang dan menjangkiti lebih daripada 20 juta orang di seluruh dunia setakat ini, menurut data oleh Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kes tertinggi di dunia dengan lebih daripada 5 juta kes dan lebih 162,000 kematian telah disahkan.

Walaupun wabak Covid-19 masih menular di negara itu, Trump tetap bertekad untuk membangunkan semula ekonominya menyebabkan dunia bimbang bahawa kedegilan beliau boleh menjejaskan pertumbuhan global.

Trump sebelum ini telah berulang kali menyalahkan China sehingga menyebabkan hubungan antara dua negara semakin goyah. Beliau juga telah menarik semula dana ke atas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) disebabkan isu ini.

Walau bagaimanapun, pakar kesihatan awam menyalahkan pentadbiran Trump yang dikatakan gagal bertindak dengan cepat untuk membendung virus itu. Kesilapan kerajaan dalam menangani isu ini pada peringkat awal adalah punca utama Amerika merekodkan kes paling banyak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat