Bacaan Jumlah Tuntutan Pengangguran Sekitar 1 Juta! Adakah Ini Petanda Baik?

356

Laporan hari ini menunjukkan jumlah rakyat Amerika yang mengemukan tuntutan pengangguran baru adalah berada pada paras 1 juta bagi minggu lalu. Data ini membawa indikasi bahawa pasaran buruh telah menunjukkan pemulihan daripada penularan wabak Covid-19 yang berlarutan walaupun dana bantuan rangsangan daripada kerajaan A.S semakin terbatas.

Tuntutan awal faedah pengangguran mencatat sebanyak 1,006 juta tuntutan bagi minggu yang berakhir 22 Ogos berbanding 1.104 juta pada minggu sebelumnya berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis. Bacaan ini juga hampir sejajar dengan ramalan para pakar ekonomi Reuters.

Pembukaan semula ekonomi pada bulan Mei telah berjaya menurunkan jumlah tuntutan dari 6.867 juta pada bulan Mac kepada angka di bawah 1 juta pada bulan ini yang dicatat buat pertama kalinya sejak wabak tersebut menular di A.S.

Disisi lain, sektor perniagaan telah menggunakan dana kerajaan bagi membayar  gaji-gaji para pekerja.  Para ahli ekonomi berpendapat bahawa bantuan dana yang disediakan telah mampu mendorong ekonomi. Atas dasar tersebut sebahagian para pakar ekonomi menganggarkan ekonomi akan mencatat pertumbuhan yang tinggi bagi suku ketiga.

Laporan lain dari Jabatan Perdagangan pada hari Khamis melaporkan ekonomi mengalami penguncupan paling buruk dalam tempoh 73 tahun pada suku kedua. GDP (KDNK) A.S jatuh sebanyak 31.7% setahun bagi suku kedua.

Pasaran kini sedang menumpu pada ucapan Jerome Powell bagi mendapatkan lebih banyak input tentang keadaan ekonomi A.S.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat