Badan Berautoriti UK Keluarkan Amaran Terhadap 50 Syarikat Kripto UK!

1,023

Pihak Autoriti UK baru-baru ini telah mengeluarkan notis penguatkuasaan dan menghantarkannya kepada lebih 50 syarikat matawang kripto sebagai sebahagian daripada tindakan keras kawal selia bagi isu promosi dan pemasaran dalam industri.

Pihak Berkuasa Piawaian Pengiklanan berkata pada hari Selasa ia telah memberitahu firma untuk menyemak iklan mereka dan memastikan ia mematuhi peraturan. Mereka juga mengancam firma-firma dengan sekatan jika iklan yang di siarkan masih melanggari piawaian.

Dalam notisnya kepada syarikat, pengawal selia memberi panduan yang menyatakan pengiklan mesti memberi penekanan bahawa matawang kripto adalah sesuatu yang tidak di kawal oleh kerajaan UK. Dalam masa yang sama, firma tidak boleh menggesa orang ramai untuk membeli bitcoin atau mata wang kripto lain dalam iklan mereka apatah lagi mewujudkan ‘FOMO’ terhadap sesuatu pelaburan.

Walaubagaimanapun, badan berautoriti (ASA) tersebut tidak memberi rincian nama syarikat atau firma kripto terbabit. Namun begitu, mereka memaklumkan bahawa sebelum ini mereka telah melarang pengiklanan daripada platform kripto seperti Coinbase dan rantaian pizza Papa John kerana kebimbangan ia dapat mengelirukan pengguna.

“Ini adalah isu keutamaan untuk kami buat masa ini dan baru-baru ini kami telah mengharamkan beberapa pengiklanan kripto kerana didapati mengelirukan pengguna dan tidak bertanggungjawab secara sosial,” kata ASA dalam satu kenyataan Selasa.

Global Digital Finance, sebuah badan industri yang merangkumi pertukaran kripto seperti Coinbase dan Bitfinex telah membuat bantahan terhadap tindakan dari pihak berkuasa dengan menghantar surat kepada Menteri Kewangan U.K Rishi Sunak dan menyatakan beberapa alternatif lain tentang bagaimana pasaran kripto harus dikawal selia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat