Bagai Dirasuk! USD Kembali Melonjak

835

Kebangkitan semula dagangan US dolar telah mendorong kejatuhan kebanyakan matawang utama ekoran kurangnya kemajuan dalam perbincangan mengenai langkah rangsangan coronavirus AS.

Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell memberitahu bahawa para penggubal dasar masih mencari jalan menuju kesepakatan mengenai pakej bantuan ketika Dewan Perwakilan AS bersedia untuk memilih rang undang-undang pendanaan selama satu minggu untuk memberikan lebih banyak masa untuk mencapai persetujuan.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama, bangkit dari paras terendah 2 setengah tahun dengan diniagakan kukuh pada 91.05.

Matawang euro jatuh ke sekitar paras harga $1.2080 susulan lonjakan US dolar, dengan tumpuan pasaran kini tertumpu kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang dijangkakan secara meluas akan meningkatkan program kuantitatifnya pada malam ini.

Sementara itu, matawang pound terus menunjukkan dagangan yang tidak menentu selepas pertemuan antara Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen gagal menemui kata sepakat.

Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya bersetuju untuk menetapkan 13 Disember (Ahad) sebagai tarikh akhir untuk membuat keputusan mengenai masa depan rundingan perdagangan.

Matawang komoditi juga mencatatkan kejatuhan ketara berikutan peningkatan dolar greenback selain pasaran turut bimbang dengan lonjakan kes Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat