Bagai Disimbah Cat Merah, Pasaran Kripto Suram Menjelang Keputusan Fed

200

Pasaran mata wang kripto meneruskan ‘kemerahannya’ sebelum keputusan kadar faedah akan diumumkan pada mesyuarat bank pusat Khamis esok.

Meneliti pergerakan kripto utama, Bitcoin (BTC) jatuh di bawah paras $19,000, merosot 11% dalam tempoh 7 hari yang lalu, manakala Ethereum (ETH) merosot pada $1,350.

Federal Reserve (Fed) akan membuat keputusan dalam menentukan pasaran aset berisiko esok dan Federal Open Market Committee (FOMC) iaitu badan pembuat dasar monetari Fed bakal mencapai keputusannya mengenai kenaikan kadar faedah seterusnya.

Menurut Bloomberg, pelabur Wall Street menjangkakan kenaikan 75 atau 100 mata asas termasuklah CME Fed Watch Tool meramalkan kenaikan 75 mata asas mempunyai peluang 82% dan 18% untuk 100 mata asas.

Dijelaskan, Fed pernah menaikkan kadar faedah 75 mata asas pada bulan Jun, dan ia membawa kepada kejatuhan ketara dalam pasaran kripto.

Hal ini menyebabkan BTC mengalami suku kewangan terburuk dalam tempoh lebih sedekad, namun kenaikan kadar faedah yang sama dilaksanakan pada Julai tidak memberi kesan negatif dengan harga dilihat melonjak selepas kejatuhan awal.

Sementara itu, amaran kepada pelabur untuk kenaikan 100 mata asas yang lebih hawkish akan membuatkan pasaran jatuh semula, ulas JP Morgan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat