Bagaimana Cara Selamatkan Wang Anda Ketika Situasi Panik Gara-gara COVID-19?

1,521

Seperti yang diketahui, pasaran saham dunia telah jatuh secara mendadak yang diakibatkan oleh penularan wabak COVID-19 dan kejatuhan harga minyak. Pasaran dunia dikhabarkan mengalami kerugian yang besar sejak krisis kewangan 2008!

Sehubungan dengan itu, ekonomi semasa terjejas dan menimbulkan kebimbangan buat semua individu apatah lagi golongan pelabur. Selain itu, kebanyakan negara telah menjalankan ‘lockdown’ dan menyekat segala perjalanan keluar dan masuk serta menggesa rakyat mereka untuk duduk di dalam rumah.

Bukan itu sahaja! Perusahaan-perusahaan yang sedia ada juga turut ditutup, para pekerja diberikan cuti tanpa gaji dan terdapat beberapa buah syarikat yang terjejas melakukan pemotongan kadar gaji bagi menampung operasi mereka.

Kini, penduduk di seluruh dunia semakin panik dan mula memikirkan ‘plan B’ bagi menjamin kelangsungan hidup mereka. Ketahui 3 cara untuk menyelamatkan wang anda ketika krisis pasaran berlaku!

1. Simpan Wang Anda

Kata pepatah ada menyebutkan bahawa ‘malang tidak berbau’. Oleh itu, anda perlu bersedia pada bila-bila masa! Sediakan payung sebelum hujan. Bagaimana?

Pastikan anda mempunyai gaji 3 hingga 6 bulan yang disimpan dalam bentuk tunai. Ianya amatlah penting untuk digunakan pada saat-saat kecemasan. Selain itu, wang tersebut juga boleh digunakan untuk merancang masa depan anda.

2. Melabur Secara Konsisten Dalam Jangka Masa Panjang

Tetapkan kadar tetap yang perlu anda laburkan pada setiap bulan. Melalui pelaburan jangka masa panjang yang dijalankan, anda boleh menyelamatkan wang anda malah mampu menjana keuntungan yang lumayan.

Ketika krisis ekonomi dunia terjadi, anda tidak perlu risau lagi kerana memiliki sumber pendapatan tambahan iaitu pelaburan.

3. Kawal Perbelanjaan Anda

Sebelum membuat apa-apa perbelanjaan, catat semua barang yang benar-benar anda perlukan! Senarai semua mengikut keutamaan. Hal ini demikian kerana ianya dapat mengelakkan anda daripada melakukan pembaziran.

Baki wang yang belum dibelanjakan dapat disimpan atau digunakan pada waktu-waktu kecemasan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat