Bahaya Ni! Pengguna Whatsapp Dah Tak Selamat!

2,155

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan yang bertujuan untuk mengambil alih akaun WhatsApp para pengguna.

Peringatan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MCMC hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, taktik berkenaan menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.

Jelas MCMC, kos pengesahan terbabit secara umumnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila mahu menukar nombor telefon pada satu akaun WhatsApp.

Pengguna yang terpedaya akan menyerahkan kod pengesahan itu dan boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh pihak scammer.

Ujar MCMC, terdapat beberapa helah dan modus operandi yang digunakan oleh penjenaya.

Antaranya, scammer akan menyamar dengan menggunakan akaun WhatsApp milik rakan atau ahli keluarga yang telah berjaya diambil alih sebelum ini serta seterusnya merayu bantuan pengguna untuk menyerahkan kod pengesahan yang diterima.

Selain itu, ada juga scammer yang sengaja membuat beberapa cubaan pengesahan yang gagal sehingga menyebabkan sistem WhatsApp akan membuat panggilan automatik ke nombor pengguna untuk memaklumkan kod pengesahan.

Tambah kenyataan itu lagi, MCMC mengingatkan para pengguna agar berwaspada terhadap sebarang permintaan kod pengesahan WhatsApp daripada mana-mana pihak tidak kira sama ada ahli keluarga atau pihak tidak dikenali.

MCMC juga menyarankan pengguna melindungi akaun WhatsApp mereka dengan melakukan pengesahan dua langkah (two-step verification) bagi memastikan akaun terbabit sukar diambil alih.

Sekiranya pengguna telah menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp, MCMC memaklumkan mereka boleh mengikuti langkah-langkah seperti di pautan https://faq.whatsapp.com/general/account-andprofile/stolen-accounts/ untuk mengambil alih semula akaun berkenaan.

MCMC turut menasihatkan pengguna bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan jenayah, mereka boleh membuat aduan dan laporan berhubung pengambilalihan akaun WhatsApp kepada balai polis berhampiran.

Laporan juga boleh dibuat kepada MCMC menerusi portal aduan: https://aduan.skmm.gov.my; e-mel: [email protected] atau WhatsApp: 016-2206262

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat